SAHABAT YANG DIKASIHI
SETIAP INSAN YANG LAHIR KE BUMI MEMPUNYAI IMPIAN ATAU KEINGINAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG MEMBERI MAKNA KEPADA DIRINYA. DALAM PERKATAAN YANG MUDAH . . INGIN BERJAYA. SEHUBUNGAN ITU, GURU, IBU DAN BAPA SEBAGAI INSAN YANG BERPENGARUH DALAM HIDUP ANAK-ANAK PERLU MEMBANTU, MENDORONG, MEMBIMBING, MEMIMPIN, MENGAJAR DAN MENASIHATI MEREKA MENGGUNAKAN CARA YANG BERSESUAIAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN MEREKA. MEREKA PERLU BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, SEDIA AWAL, FOKUS DAN URUS MASA DENGAN BAIK. JADUAL BELAJAR PERLU DISEDIAKAN DAN DISIPLINKAN DIRI UNTUK MEMATUHI JADUAL TERSEBUT. TIADA GUNANYA MENYEDIAKAN JADUAL BELAJAR JIKA TIDAK DIPATUHI. "IF YOU FAIL TO PLAN THAN YOU PLAN TO FAIL". MERANCANGLAH KERANA HANYA DENGAN PERANCANGAN YANG BAIK AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG DIHARAPKAN. SELAMAT BERUSAHA SEMOGA BERJAYA DENGAN IZIN ALLAH SWT AMEEN. WASSALAM
BERIKANLAH PERHATIAN
TINGKATKANLAH TUMPUAN
FAHAM APA YANG DIAJARKAN
HINDAR DIRI MU DARI GANGGUAN
TENANGKANLAH FIKIRAN
BERIBADAT PADA TUHAN
TEGUHKANLAH KEIMANAN
MOGA TERCAPAI SEMUA IMPIAN
BINA JADUAL WAKTU
AGIHKAN MASA MU
SUPAYA DIRI MU TERANCANG SELALU
PANDAI CURI MASA
BELAJAR WALAU DI MANA
REHATKAN DIRI MU
JAGA KESIHATAN MU
MEMANG KITA PERLU BERUSHA
JANGAN ADA RASA KECIWA
SERAH SAJA PADA YANG ESA
MEMAKBULKANNYA
GURU
CURAHKAN SEMUA ILMU MU
TAKKAN BERJAYA TANPA MU OOO
IBU
AMPUNI SALAH SILAP KU
HANYA KU PINTA RESTU MU
AYAH
JASA MU KU KENANG
TAKKAN KU LUPAKAN
SELAMA LAMANYA
JANJI
KINI KU BERJANJI
IMPIAN DI HATI
PASTI KU KECAPI
No comments:
Post a Comment