MAHU TIDAK MAHU SEBAGAI PENDIDIK KITA PERLU MENGAKUI HAKIKAT BAHAWA MODAL INSAN YANG GEMILANG HANYA DAPAT DILAHIRKAN SEKIRANYA GURU KITA CEMERLANG. GURU YANG CEMERLANG MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA TIGA KEKUATAN IAITU TAHU APA YANG NAK DIAJAR (CONTENT KNOWLEDGE), TAHU MACAM MANA NAK MENGAJAR (PEDAGOGICAL KNOWLEDGE) DAN MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI (ATTITUDE). DI SAMPING ITU SEMANGAT SEPASUKAN DAN SOKONGAN DARI IBUBAPA JUGA PERLU ADA. GURU KITA CEMERLANG ........... GURU KITA JUARA ......
KALAULAH GURU MENUNGGU DIARAH
SEMUA KERJA KENA DIKERAH
KALAULAH GURU KURANG MENGAJAR
RAMAI MURID YANG KURANG AJAR
KALAULAH GURU TIDAK BERSEDIA
DI DALAM KELAS BANYAK CERITA
KALAULAH GURU KURANG MERANCANG
DI DALAM KELAS BANYAK TEMBERANG
GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG
KALAULAH GURU MENEPATI MASA
MURID BERSEDIA TIADA YANG LEKA
KALAULAH GURU SUKA BERDAMPING
MURID MENGIKUT RELA DIBIMBING
KALAULAH GURU KENAL PELAJAR
DI LUAR SEKOLAH MURID TAK LIAR
KALAULAH MENGAJAR SAMBIL LEWA
HANCUR LEBUR MASA HADAPAN NEGARA
GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG
INI SELOKA GURU CEMERLANG
DIDIK MURID MENJADI GEMILANG
AMBIL YANG JERNIH KERUH DIBUANG
JASA GURU SENTIASA DIKENANG
GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG
HAI NEGARA KECUNDANG
No comments:
Post a Comment