Wednesday, 1 June 2011

BELAJAR CARA BELAJAR - AJARLAH MURID CARA MENYEDIAKAN NOTA YANG KREATIF

Sahabat guru yang dikasihi,
Kita sememangnya hebat. Banyak yang telah kita lakukan untuk kebaikan anak murid kita. Namun kita adalah insan biasa. Ada ketikanya, kita juga melakukan kesilapan tanpa disengajakan (kita mempunyai niat yang baik dan ikhlas) seperti menyuruh murid menyediakan nota mengikut kehendak kita.  Kita tanda selepas itu untuk membetulkan kesilapan mereka namun (yang amat menyedihkan) nota tersebut hanya tinggal sebagai nota, tidak dihargai, ada kalanya ditinggalkan di merata tempat, dibuang atau langsung tidak digunakan oleh murid semasa menghadapi peperiksaan. BUKU TEKS JUGA ... MENJADI RUJUKAN MEREKA KETIKA BERDEPAN DENGAN PEPERIKSAAN. RUGINYA... BUANG MASA AJE MENYEDIAKAN NOTA SEDANGKAN NOTA BERKENAAN LANSUNG TIDAK DIRUJUK.  Masa amat berharga bagi mereka namun kita telah membantu membazirkan masa mereka dengan menyuruh mereka menyediakan nota yang tidak bermanfaat kepada mereka. Persoalannya, bukan nota tersebut tidak bagus atau tidak berguna. Murid kita yang tidak menghargainya kerana nota tersebut adalah nota kita dan bukan nota mereka. Saya yakin murid kita akan membaca nota yang mereka sediakan sendiri dengan bimbingan kita.
NOTA TERSEBUT BERSIFAT DINAMIK DENGAN MAKLUMAT YANG LENGKAP SERTA MAMPU MENGGANTIKAN BUKU TEKS, BUKU RUJUKAN DAN KERJA-KERJA BERTULIS LAIN KETIKA MURID BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.  NOTA TERSEBUT MEMPUNYAI DAYA TARIKAN YANG BEGITU KUAT KEPADA MURID (RINDU KALAU TAK TENGOK WALAUPUN SEHARI), DI BAWA KE SANA KEMARI BAGAIKAN NYAWA KERANA AMAT BERHARGA DAN PENTING.
NOTA TERSEBUT (NOTA LUAHAN MINDA) ADALAH NOTA YANG DIBINA SELEPAS MURID BELAJAR SUATU YANG BARU. IA DIBINA SECARA LUAHAN (SEOLAH MURID SEDANG BERKARYA) BERDASARKAN KEFAHAMAN MURID TANPA MERUJUK KEPADA SEBARANG BAHAN KETIKA MENULISNYA. MURID AKAN MENULIS APA SAHAJA YANG TERLINTAS DAN TERINGAT SEPERTI SEORANG YANG SEDANG KHUSYU'  MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN. SETELAH DISIAPKAN BARULAH MEREKA MERUJUK KEPADA BAHAN RUJUKAN UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT BETUL DAN LENGKAP. MEREKA AKAN GUNAKAN PEN BERWARNA BAGI MELENGKAPKAN NOTA ATAU MEMBETULKAN MAKLUMAT YANG SALAH. NOTA TERSEBUT WARNA-WARNI, MENARIK, PADAT SERTA PENUH DENGAN INFORMASI NAMUN IANYA RINGKAS. SEHELAI KERTAS NOTA MUNGKIN MERUMUS MAKLUMAT BAGI SATU BAB DALAM BUKU TEKS. BEGITULAH LEBIH KURANG ADANYA. NOTA TERSEBUT MILIK MURID BUKAN DIBUAT UNTUK MEMENUHI KEHENDAK GURU. INILAH NOTA KREATIF.
Namun guru akan memeriksa nota tersebut bagi membetulkan kesilapan serta memberi cadangan penambaikan yang akan melengkapkan lagi nota tersebut.  

 

NOTA KREATIF

AMBIL BUKU MULA MEMBACA
GUNA JARI SEBAGAI PENUNJUKNYA
TUMPUKAN PERHATIAN KITA
FAHAMI APA YANG DIBACA

SEMAK APA YANG TELAH DIBACA
GARISKAN SEMUA ISI PENTINGNYA
MEMBACA USAHLAH LAMA
45 MINIT SAHAJA

UJILAH DIRI KITA
LUAH KE KERTAS APA YANG TELAH DIBACA
INILAH NOTA KITA
LUAHAN MINDA

KALAU ADA YANG TERLUPA
TAK MENGAPA KAU TELAH PUN MENCUBA
BUKA BUKU GUNA PEN BERWARNA
LENGKAPKAN NOTA

BEGINILAH CARA KITA BELAJAR
SEMAK NOTA SEBELUM MEMBACA
LUAHAN MINDA SETELAH HABIS MEMBACA
SUPAYA KITA AKAN BERSEDIA

SELESAIAN SOALAN ADA
LUAHAN PERASAAN BATU TANDA
AYAT KUNCI SERTA PETA MINDA
LENGKAPLAH NOTA KREATIF KITA

BEGINILAH CARA KITA BELAJAR
BEGINILAH CARA MEMBUAT NOTA

LAGU (ASAL): UMPAMA MIMPI DI DALAM MIMPI
LIRIK: CIKGU TAMRIN

Tuesday, 31 May 2011

MENGGAPAI IMPIAN

SAHABAT YANG DIKASIHI
SETIAP INSAN YANG LAHIR KE BUMI MEMPUNYAI IMPIAN ATAU KEINGINAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG MEMBERI MAKNA KEPADA DIRINYA. DALAM PERKATAAN YANG MUDAH  . .  INGIN BERJAYA. SEHUBUNGAN ITU, GURU, IBU DAN BAPA SEBAGAI INSAN YANG BERPENGARUH DALAM HIDUP ANAK-ANAK PERLU MEMBANTU, MENDORONG, MEMBIMBING, MEMIMPIN, MENGAJAR DAN MENASIHATI MEREKA MENGGUNAKAN CARA YANG BERSESUAIAN UNTUK  MENCAPAI IMPIAN MEREKA. MEREKA PERLU BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, SEDIA AWAL, FOKUS DAN  URUS MASA DENGAN BAIK. JADUAL BELAJAR PERLU DISEDIAKAN DAN DISIPLINKAN DIRI UNTUK MEMATUHI JADUAL TERSEBUT. TIADA GUNANYA MENYEDIAKAN JADUAL BELAJAR JIKA TIDAK DIPATUHI. "IF YOU FAIL TO PLAN THAN YOU PLAN TO FAIL". MERANCANGLAH KERANA HANYA DENGAN PERANCANGAN YANG BAIK AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG DIHARAPKAN. SELAMAT BERUSAHA SEMOGA BERJAYA DENGAN IZIN ALLAH SWT AMEEN.  WASSALAM



BERIKANLAH PERHATIAN
TINGKATKANLAH TUMPUAN
FAHAM APA YANG DIAJARKAN
HINDAR DIRI MU DARI GANGGUAN

TENANGKANLAH FIKIRAN
BERIBADAT PADA TUHAN
TEGUHKANLAH KEIMANAN
MOGA TERCAPAI SEMUA IMPIAN

BINA JADUAL WAKTU
AGIHKAN MASA MU
SUPAYA DIRI MU TERANCANG SELALU

PANDAI CURI MASA
BELAJAR WALAU DI MANA
REHATKAN DIRI MU
JAGA KESIHATAN MU

MEMANG KITA PERLU BERUSHA
JANGAN ADA RASA KECIWA
SERAH SAJA PADA YANG ESA
MEMAKBULKANNYA

GURU
CURAHKAN SEMUA ILMU MU
TAKKAN BERJAYA TANPA MU OOO

IBU 
AMPUNI SALAH SILAP KU
HANYA KU PINTA RESTU MU

AYAH 
JASA MU KU KENANG
TAKKAN KU LUPAKAN
SELAMA LAMANYA

JANJI
KINI KU BERJANJI
IMPIAN DI HATI
PASTI KU KECAPI 

Sunday, 29 May 2011

GEMILANG

AYAH DAN IBU ADALAH DUA ORANG INSAN YANG AMAT ISTIMEWA DI DALAM HIDUP KITA. BANYAK KENANGAN MANIS DAN PAHIT YANG TELAH KITA ALAMI BERSAMA MEREKA. KESUNGGUHAN MEREKA BERUSAHA UNTUK MEMASTIKAN KITA CUKUP MAKAN, CUKUP PAKAIAN DAN SAMA SEPERTI ANAK ORANG LAIN SERTA MEMASTIKAN KITA MENDAPAT YANG TERBAIK DAN APA SAHAJA YANG  DIHAJATI SEWAKTU KITA SEDANG BELAJAR AGAR KITA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN DAN MENJADI INSAN YANG BERGUNA DI MASA HADAPAN. SEBENARNYA, TIADA ALASAN YANG BOLEH KITA BERIKAN SEKIRANYA TIDAK BERJAYA KERANA MEREKA TELAH MENYEDIAKAN SEGALA YANG TERMAMPU. LIRIK LAGU INI ADALAH KATA-KATA DAN PESANAN YANG BIASA DILAFAZKAN OLEH IBU DAN AYAH SAYA YANG TELAH SAYA JADIKAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP SAYA DAN PEMBAKAR SEMANGAT SAYA UNTUK TERUS BERUSAHA/BERJUANG SEHINGGA BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA SAYA DALAM KEHIDUPAN. SELAMA MANA LIRIK INI KEKAL TERPAHAT DI DALAM FIKIRAN SAYA MAKA BEGITU JUGALAH LAMANYA PESANAN MEREKA BERKEMBANG SUBUR DI DALAM DIRI SAYA. 
PILU HATI BILA TERKENANG MU IBU
BESARNYA PENGORBANAN MU PADA KU
MELAHIR DAN MEMBESARKAN KU
MENDIDIK TANPA MENGENAL ERTI JEMU

MASIH TERINGAT PESANAN AYAH KU
TIADA HARTA AKAN AYAH TINGGALKAN
PENUHI ILMU DI DADA MU
JAMINAN HIDUP SENANG DI MASA DEPAN

AYAH DAN IBU
KAU INSAN MULIA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
DEMIA KEBAHGIAAN HIDUP KU

DENGAN SEMANGAT YANG MEMBARA-BARA
TAK HENTI-HENTI KU TERUS BERUSAHA
WALAU PUN KEDUANYA TELAH TIADA
HASRAT MEREKA PASTI TAK TERKUBUR SAMA

AYAH DAN IBU
KAU INSAN MULIA
SANGGUP BERKORBAN APA SAJA
DEMI KEBAHGIAAN HIDUP KU 2X

SUNGGUH AKU BERJANJI
DENGAN DIRI KU SENDIRI
AKAN KU MENGGENGGAMI
IKHLAS, TABAH, BENAR

AYAH DAN IBU
KAU INSAN MULIA
SANGGUP BERKORBAN APA SAHAJA
DEMI KEBAHGIAAN HIDUP KU

AYAH DAN IBU 
RESTU MU KU POHONKAN
DEMI MENCORAK MASA DEPAN
MOGAKAN TERCAPAI IMPIAN  

Saturday, 28 May 2011

SUMBER KEKUATAN YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA MURID

MURID PERLU DIBERITAHU BAHAWA MEREKA DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG JUARA. ALLAH BEKALKAN MEREKA DENGAN DUA BIJI MATA - LIHATLAH PERKARA-PERKARA YANG BAIK DAN AMBIL IKTIBAR DARIPADANYA, ALLAH BEKALKAN MEREKA DENGAN SEPASANG TELINGA - DENGARLAH PERKARA-PERKARA YANG BAIK DAN SATU MULUT - KURANGKAN BERCAKAP PERKARA YANG SIA-SIA DAN BANYAKKAN MEMBACA AYAT-AYAT ALLAH. MURID PERLU DISEDARKAN BAHAWA MEREKA TIDAK BERSENDIRIAN KETIKA BERUSAHA KERANA BERSAMA MEREKA ADA SUMBER-SUMBER KEKUATAN YANG SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN MEREKA.    



KAWAN

MARI KAWAN SEMUA
KITA BELAJAR BERSAMA
AGAR BERJAYA MENCAPAI CITA

USAH LEPAK BUANG WAKTU
BUAT KERJA TAK MEMBANTU
MASA BERLALU
TAKKAN MENUNGGU

OLEH ITU WAHAI KAWANKU
RAJINLAH BACA BUKU
BERTANYA PADA GURU
USAHLAH DIKAU MALU

TUHAN KAU PANGASIH
BERIKANLAH KU KEKUATAN
BERUSAHA PENUH YAKIN
TANPA BOSAN

TUHAN KAU PEMURAH
BERILAH KU HIDAYAH
SUCIKANLAH JIWA KU
MUDAH KU MENGINGATI MU

KEJAYAAN ITU KAWAN
SATU NIKMAT DARI TUHAN
SAMBUTLAH DENGAN KESYUKURAN

DI DUNIA INI KAWAN
TIADA WUJUD KEGAGALAN
YANG ADA HANYA
KEPUTUSAN

OLEH ITU WAHAI KAWAN KU
TERUS MENIMBA ILMU
BERUSAHA YAKIN BERJAYA
ITULAH MOTO KITA

IBU DAN AYAH KU
AMPUNILAH DOSA KU
DOAKAN SEMOGA KU BERJAYA

IBU DAN AYAH KU
RESTU MU KU POHONKAN
SEMOGA
KAN BERJAYA
BALAS JASA KEDUANYA


LAGU: GUGURNYA BUNGA CINTA
LIRIK: CIKGU TAMRIN

Tuesday, 24 May 2011

MASIH ADA MASA


MURID YANG KERAP GAGAL AKAN RASA RENDAH DIRI DAN SETERUSNYA MEMPUNYAI SIKAP YANG NEGATIF. DALAM MINDA MEREKA MULA TERTANAM KEPERCAYAAN BAHAWA MEREKA TIDAK PANDAI, MEREKA TIDAK BOLEH BERJAYA WALAUPUN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH KERANA MEREKA DILAHIRKAN UNTUK GAGAL. TUGAS GURU ADALAH BERUSAHA UNTUK MEMBETULKAN PERSEPSI SALAH INI DENGAN MEMBERIKAN KEYAKINAN KEPADA MURID BAHAWA ALLAH MENJADIKAN MANUSIA UNTUK BERJAYA BUKAN UNTUK GAGAL.

KEGAGALAN
YANG DATANG PADA MU
BUKANNYA
UNTUK SELAMANYA
JANGAN BERSEDIH

JANGANLAH KAU
HENTIKAN LANGKAH MU
UNTUK
MENGEJAR CITA-CITA
JANGAN BERDUKA
MASIH ADA MASA

SEMEMANGNYA KAU TAHU
KEJAYAAN MILIK MU
SEKIRANYA KAU MAHU
IKUT NASIHAT GURU
AYAH DAN IBU
JUGA SEDIA MEMBANTU
DOAKAN KEJAYAAN MU
MENGUBAH NASIB DIRI MU
TIDAKKAH PERNAH KAU TERASA
HANCUR LEBUR HATI MEREKA
PENGORBANAN DIRI MEREKA
KAU PERSIA
HANYA YANG MEREKA INGINKAN
KAU PULANG BERSAMA KEJAYAAN
JAMINAN HIDUP MASA DEPAN
BUKANNYA MEMINTA
BALASAN

ANDAINYA
USAHA KAU BERJAYA
MEREKA
JANGANLAH DIKAU LUPA
SELAMANYA
KOTAKANLAH
SEMUA JANJI SUCI MU
CURAHKAN
SEMUA KASIH SAYANG MU
PADA MEREKA
YANG MELAHIRKAN MU
OOO MENDIDIK MU

Wednesday, 18 May 2011

GURU UMPAMA ....

GURU UMPAMA MATAHARI YANG TANPANYA KIAMATLAH DUNIA BUKAN LILIN YANG MEMBAKAR DIRI SENDIRI UNTUK MENERANGI ORANG LAIN
GURU UMPAMA TANAH YANG SUBUR YANG MENUMBUHKAN SEGALA JENIS TUMBUHAN BUKAN TANAH GERSANG
GURU UMPAMA LEBAH YANG RAJIN DAN MADUNYA PENAWAR PELBAGAI PENYAKIT BUKAN LALAT YANG MEMBAWA PENYAKIT
GURU UMPAMA PEWANGI YANG HARUM SEMERBAK SERTA MEWANGI ORANG DISEKELILING BUKAN NAJIS YANG BUSUK
KAU UMPAMA KERLIPAN BINTANG DI MALAM HARI
MENERANGI ALAM BUANA YANG SUNYI SEPI
MEMBANGKITKAN JIWA LEKA DIBUAI MIMPI
KEMBALI INGATI RABBUL IZZATI

KAU UMPAMA POHON RENDANG YANG SUBUR DI TAMAN
RANUM BUAH MU TERSEDIA MENJADI HIDANGAN
RASA TENTERAM JIWA DI BAWAH NAUNGAN MU
TERHINDAR DARI LIDAH JUGA TANGAN MU

MURROBI MITHALI
AKHLAK MULIA MU CONTOH TERPUJI
MURROBI MITHALI
BERUSAHA HINGGA KE AKHIR NANTI
HARTA DAN KELUARGA TIADA JADI PENGHALANG
KAU CEMERLANG USAHA-USAHA MU GEMILANG

KAU UMPAMA LEBAH RIMBA BEBAS DAN MERDEKA
MADU MU PENAWAR PENYAKIT YANG BERANEKA
KAU UMPAMA KASTURI SYURGA FIRDAUSI
MEWANGI SETIAP INSAN YANG MENGHAMPIRI




LAGU: MURROBI MITHALI
LAGU DAN LIRIK: CIKGU TAMRIN ZAHARUDIN

KALAU GURU MENGAJAR

GURU ADALAH MANUSIA BIASA. MEREKA MENGORBANKAN BANYAK MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK KEJAYAAN ANAK DIDIK (ANAK ORANG LAIN) DI SEKOLAH SEHINGGA ADA KALANYA ANAK SENDIRI PUN DI TINGGAL-TINGGALKAN.  NAMUN, MEREKA JUGA TIDAK TERLEPAS DARI MEMBUAT KESILAPAN. ADA YANG KECIL DAN ADA YANG BESAR. TEGURLAH MEREKA DENGAN SECARA HIKMAH INSYA'ALLAH MEREKA AKAN BERUBAH BUKAN DENGAN KUTUKAN, HERDIKAN DAN MAKI HAMUN SEOLAH MEREKA TAK PERNAH BERJASA DAN TAK BERGUNA LANGSUNG.
KALAU GURU KENCING BERDIRI
MURID KENCING BERLARI
KALAU MENGAJAR SAMBIL DUDUK
MURID BELAJAR SAMBIL MENGANTUK

KALAU MENGAJAR SAMBIL BERLAKON
MURID BELAJAR PENUH TEKUN
KALAU MENGAJAR TANPA ALAT
MURID BELAJAR PENUH RALAT

KALAU MENGAJAR TANPA NILAI
TAK TAHU BEZA LEMBAM DAN PANDAI
KALAU MENGAJAR TANPA NIAT
TAK DI KIRA IBADAT

KALAU GURU BANYAK BERCAKAP
ADA MURID BERTAMBAH GAGAP
KALAU GURU PEMUDAHCARA
MURID BIJAK BERBICARA
MURID BIJAK BERBICARA
KALAU GURU MENGAJAR

LAGU: CIKGU TAMRIN ZAHARUDIN

GURU YANG CEMERLANG INSYA'ALLAH AKAN MELAHIRKAN MURID YANG GEMILANG

MAHU TIDAK MAHU SEBAGAI PENDIDIK KITA PERLU MENGAKUI HAKIKAT BAHAWA MODAL INSAN YANG GEMILANG HANYA DAPAT DILAHIRKAN SEKIRANYA GURU KITA CEMERLANG. GURU YANG CEMERLANG MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA TIGA KEKUATAN IAITU TAHU APA YANG NAK DIAJAR (CONTENT KNOWLEDGE), TAHU MACAM MANA NAK MENGAJAR (PEDAGOGICAL KNOWLEDGE) DAN MEMPUNYAI SIKAP YANG TERPUJI (ATTITUDE). DI SAMPING ITU SEMANGAT SEPASUKAN DAN SOKONGAN DARI IBUBAPA JUGA PERLU ADA. GURU KITA CEMERLANG ........... GURU KITA JUARA ......  
KALAULAH GURU MENUNGGU DIARAH
SEMUA KERJA KENA DIKERAH
KALAULAH GURU KURANG MENGAJAR
RAMAI MURID YANG KURANG AJAR
KALAULAH GURU TIDAK BERSEDIA
DI DALAM KELAS BANYAK CERITA
KALAULAH GURU KURANG MERANCANG
DI DALAM KELAS BANYAK TEMBERANG

GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG

KALAULAH GURU MENEPATI MASA
MURID BERSEDIA TIADA YANG LEKA
KALAULAH GURU SUKA BERDAMPING
MURID MENGIKUT RELA DIBIMBING
KALAULAH GURU KENAL PELAJAR
DI LUAR SEKOLAH MURID TAK LIAR
KALAULAH MENGAJAR SAMBIL LEWA
HANCUR LEBUR MASA HADAPAN NEGARA

GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG

INI SELOKA GURU CEMERLANG
DIDIK MURID MENJADI GEMILANG
AMBIL YANG JERNIH KERUH DIBUANG
JASA GURU SENTIASA DIKENANG

GURU CEMERLANG MURID GEMILANG
GURU TUANG MURIDNYA MALANG
HAI NEGARA KECUNDANG 

LAGU: CIKGU TAMRIN ZAHARUDIN

SALAM SEJAHTERA BUAT GURU

ANAK MURID UMPAMA KAIN PUTIH YANG BOLEH DICORAKKAN DENGAN WARNA PELANGI MENGIKUT ACUAN KITA. SETIAP MURID ADALAH UNIK HATTA DUA ORANG KEMBAR YANG SEIRAS. BEGITULAH JUGA KEMAMPUAN DAN POTENSI MEREKA...BERBEZA DAN PELBAGAI. OLEH ITU, LAYANILAH MURID KITA DENGAN SEADIL-ADILNYA TANPA PILIH KASIH. WALAUPUN MEREKA MUNGKIN LEMAH ATAU LEMBAM JANGAN SEKALI-KALI KITA NAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENDAPAT APA JUGA YANG KITA BERIKAN KEPADA KAWAN MEREKA YANG CEMERLANG.  SELALULAH MEMBERI HARAPAN SEMASA PENGAJARAN KITA, KALAU MARAH PUN... MARAH SAYANG DAN JAGA PERKATAAN KITA KERANA TUTUR KATA GURU ADALAH DOA. PELIK LAGI AJAIB JIKA ADA GURU  YANG MENDOAKAN KEGAGALAN ANAK MURIDNYA. 
GURU
DALAM AJARNYA ADA HARAPAN
DALAM TEGURNYA ADA DOA
DALAM MARAHNYA ADA SAYANG

GURU
DALAM TAWANYA ADA MESRA
DALAM DIAM ADA BIJAKSANA
DALAM TANGANNYA KITA TERBINA
SALAM SEJAHTERA BUAT MU GURU KU
BERBAHAGIALAH DIKAU SELAMANYA

GURU
KAU UMPAMA LILIN
MEMBAKAR DIRI MENERANGI ORANG LAIN
GURU
UMPAMA SANG SURIA
TANPA SINAR MU LENYAPLAH DUNIA

GURU
PADA WAJAHNYA SEJUTA IMPIAN
TUNJUK AJAR DAN TUTUR BAHASANYA
MENJADIKAN KU INSAN MULIA
SALAM SEJAHTERA BUAT MU GURU KU
TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA

TERIMA KASIH GURU   



SENI LIRIK: CIKGU NAHYAH / CIKGU TAMRIN
SENI LAGU: CIKGU TAMRIN ZAHARUDIN

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru Tahun 2011




SEAWAL MUSIM MENIMBA ILMU
HANYA KAU CIKGU YANG KU KENALI
KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN MU
TERASA SYAHDU DIJIWA KU

DETIK BERLALU JUA KETIKA
DIAN MU TETAP TERUS MENYALA
JASA BAKTIMU KU SANJUNG TINGGI
KU UCAPKAN TERIMA KASIH CIKGU

TIAP DETIK .. JASAMU KAN TERUS KU KENANG
KU ABADIKAN .... SABAN WAKTU
WALAU JAUH KAU BERADA DI RANTAU ORANG
TERIMALAH .... SANJUNGAN KU

UMPAMA LILIN YANG MEMBAKAR DIRI
PENGORBANANMU TIADA BERTEPI
ILMUMU KAN BERTAKHTA DIHATI 
PELITA HIDUP KE AKHIR NANTI
PELITA HIDUP .... KE AKHIR NANTI


Lagu: Terima Kasih Cikgu (Bersempena Sambutan Hari Guru)
Ciptaan: Tamrin Bin Zaharudin

Sunday, 1 May 2011

SALAM PENGENALAN

Assalamualaikum
Salam Sejahtera kepada semua

Setiap guru mempunyai keistimewaan/kekuatan masing-masing.
Terpulanglah kepada kebijaksanaan guru untuk menggunakan keistimewaan/kekuatan ini bagi meningkatkan keberkesanan p&p masing-masing.
Sebagai seorang kaunselor terlatih dan ahli kumpulan muzik (zaman persekolahan) saya juga mempunyai kelebihan yang ingin saya kongsikan bersama mereka yang berminat.
Selamat melayari blog ini.
Kalau ada baiknya maka kembangkanlah.
Seandainya mendatangkan kemudaratan maka buanglah jauh-jauh.
Wassalam

Yang Ikhlas
Cikgu Tamrin Zaharudin

1984-1989 SAMT Sultan Abdul Aziz Shah Bt 38 Sabak Bernam Selangor
1990-1996 SMK Sultan Abdul Aziz Teluk Intan
1997-1999 SMK Abdul Rahman Talib Teluk Intan
1999-2001 SMK Raja Muda Musa Teluk INtan
2001-2003 SMK Hutan Melintang
2003 SMK Bandar Sri Damansara (2)
2003-2006 SMK Bandar Sri Damansara (1)
2007 Jemaah Nazir Jaminan Kuaiti Putrajaya