Wednesday, 1 June 2011

BELAJAR CARA BELAJAR - AJARLAH MURID CARA MENYEDIAKAN NOTA YANG KREATIF

Sahabat guru yang dikasihi,
Kita sememangnya hebat. Banyak yang telah kita lakukan untuk kebaikan anak murid kita. Namun kita adalah insan biasa. Ada ketikanya, kita juga melakukan kesilapan tanpa disengajakan (kita mempunyai niat yang baik dan ikhlas) seperti menyuruh murid menyediakan nota mengikut kehendak kita.  Kita tanda selepas itu untuk membetulkan kesilapan mereka namun (yang amat menyedihkan) nota tersebut hanya tinggal sebagai nota, tidak dihargai, ada kalanya ditinggalkan di merata tempat, dibuang atau langsung tidak digunakan oleh murid semasa menghadapi peperiksaan. BUKU TEKS JUGA ... MENJADI RUJUKAN MEREKA KETIKA BERDEPAN DENGAN PEPERIKSAAN. RUGINYA... BUANG MASA AJE MENYEDIAKAN NOTA SEDANGKAN NOTA BERKENAAN LANSUNG TIDAK DIRUJUK.  Masa amat berharga bagi mereka namun kita telah membantu membazirkan masa mereka dengan menyuruh mereka menyediakan nota yang tidak bermanfaat kepada mereka. Persoalannya, bukan nota tersebut tidak bagus atau tidak berguna. Murid kita yang tidak menghargainya kerana nota tersebut adalah nota kita dan bukan nota mereka. Saya yakin murid kita akan membaca nota yang mereka sediakan sendiri dengan bimbingan kita.
NOTA TERSEBUT BERSIFAT DINAMIK DENGAN MAKLUMAT YANG LENGKAP SERTA MAMPU MENGGANTIKAN BUKU TEKS, BUKU RUJUKAN DAN KERJA-KERJA BERTULIS LAIN KETIKA MURID BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN.  NOTA TERSEBUT MEMPUNYAI DAYA TARIKAN YANG BEGITU KUAT KEPADA MURID (RINDU KALAU TAK TENGOK WALAUPUN SEHARI), DI BAWA KE SANA KEMARI BAGAIKAN NYAWA KERANA AMAT BERHARGA DAN PENTING.
NOTA TERSEBUT (NOTA LUAHAN MINDA) ADALAH NOTA YANG DIBINA SELEPAS MURID BELAJAR SUATU YANG BARU. IA DIBINA SECARA LUAHAN (SEOLAH MURID SEDANG BERKARYA) BERDASARKAN KEFAHAMAN MURID TANPA MERUJUK KEPADA SEBARANG BAHAN KETIKA MENULISNYA. MURID AKAN MENULIS APA SAHAJA YANG TERLINTAS DAN TERINGAT SEPERTI SEORANG YANG SEDANG KHUSYU'  MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN. SETELAH DISIAPKAN BARULAH MEREKA MERUJUK KEPADA BAHAN RUJUKAN UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT BETUL DAN LENGKAP. MEREKA AKAN GUNAKAN PEN BERWARNA BAGI MELENGKAPKAN NOTA ATAU MEMBETULKAN MAKLUMAT YANG SALAH. NOTA TERSEBUT WARNA-WARNI, MENARIK, PADAT SERTA PENUH DENGAN INFORMASI NAMUN IANYA RINGKAS. SEHELAI KERTAS NOTA MUNGKIN MERUMUS MAKLUMAT BAGI SATU BAB DALAM BUKU TEKS. BEGITULAH LEBIH KURANG ADANYA. NOTA TERSEBUT MILIK MURID BUKAN DIBUAT UNTUK MEMENUHI KEHENDAK GURU. INILAH NOTA KREATIF.
Namun guru akan memeriksa nota tersebut bagi membetulkan kesilapan serta memberi cadangan penambaikan yang akan melengkapkan lagi nota tersebut.  

 

NOTA KREATIF

AMBIL BUKU MULA MEMBACA
GUNA JARI SEBAGAI PENUNJUKNYA
TUMPUKAN PERHATIAN KITA
FAHAMI APA YANG DIBACA

SEMAK APA YANG TELAH DIBACA
GARISKAN SEMUA ISI PENTINGNYA
MEMBACA USAHLAH LAMA
45 MINIT SAHAJA

UJILAH DIRI KITA
LUAH KE KERTAS APA YANG TELAH DIBACA
INILAH NOTA KITA
LUAHAN MINDA

KALAU ADA YANG TERLUPA
TAK MENGAPA KAU TELAH PUN MENCUBA
BUKA BUKU GUNA PEN BERWARNA
LENGKAPKAN NOTA

BEGINILAH CARA KITA BELAJAR
SEMAK NOTA SEBELUM MEMBACA
LUAHAN MINDA SETELAH HABIS MEMBACA
SUPAYA KITA AKAN BERSEDIA

SELESAIAN SOALAN ADA
LUAHAN PERASAAN BATU TANDA
AYAT KUNCI SERTA PETA MINDA
LENGKAPLAH NOTA KREATIF KITA

BEGINILAH CARA KITA BELAJAR
BEGINILAH CARA MEMBUAT NOTA

LAGU (ASAL): UMPAMA MIMPI DI DALAM MIMPI
LIRIK: CIKGU TAMRIN